ReactJs & React Native
VueJs
SvelteJs
NodeJs
MongoDB
GraphQL
PrismaJs
Ruby on Rails
TensorflowJs

1) ASAS-ASAS TENTANG WEB DEVELOPMENT(HTML, CSS dan JAVASCRIPT)

Dalam artikel ini, aku cuma nak bercerita tentang asas-asas web development. Artikel ini juga worth read kepada orang-orang yang yang ingin mula belajar dengan JavaScript framework seperti ReactJs, VueJs dan AngularJs. Aku adalah salah seorang peminat hard core ReactJs. So, dalam siri-siri yang akan datang, kebanyakan konten-konten adalah berkaitan dengan ReactJs sahaja. Content yang dimaksudkan terdiri daripada sama ada tips and trick ataupun best practice dalam membina website.

Sebagai permulaan, kita akan bincang secara santai-santai sahaja tentang asas-asas membina website. Sebelum belajar lebih dalam mengenai ReactJs, ada beberapa bahasa asas yang perlu kita fahami terlebih dahulu.

  • HTML
  • CSS
  • Javascript

HTML bermaksud Hyper Text Markup Language. Basically , ia adalah teras kepada apa yang kita nampak di mana-mana website. Sama ada dari segi tulisan, gambar, icon, logo, form dan lain-lain. So, apa-apa sahaja yang terpampar di mana-mana website, tanpa styling adalah dibina menggunakan HTML.

Untuk tujuan kecantikan atau aestethic, HTML tidak boleh berdiri solo. HTML perlukan CSS. CSS adalah Cascading Style Sheets, which is tugas utamanya adalah sebagai penambah baik dari segi kecantikan, ruang vertikal dan horizontal, jenis font untuk tulisan, dan sebagainya.

So, sekarang kita dah tahu fungsi HTML dan CSS. HTML ini adalah teras kepada website, sama ada dari segi tulisan, gambar, logo, icon dan sebagainya. Dan perencah kepada HTML untuk kecantikan adalah CSS. Jadi, apa pulak kegunaan Javascript? Pelik kan.

Sebenarnya, Javascript adalah bahasa yang penyumbang yang paling besar kepada website yang hebat seperti yang sedia ada sekarang sama ada dari segi functionality, usability dan juga user experience. Javascript adalah bahasa program(programming language) untuk kerja utamanya adalah mengawal behavior kepada website. Berbanding dengan HTML, ianya bukanlah programming language, tetapi lebih kepada markup language. Kerja-kerja Javascript di dalam sesuatu website adalah terlalu banyak, oleh itu aku akan beri beberapa contoh sahaja dalam siri kali ini supaya lebih mudah difahami. Contoh fungsi Javascript adalah:

  • Scrolling animations
  • Redirection
  • Form submission

Untuk lebih mudah faham, Javascript tugasnya adalah mengawal behavior sesuatu website dan kita berupaya mengubah sesuatu behavior dengan memprogram kan function dan memanggil function yang tertentu ataupun yang berkaitan ketika berlaku sebarang user interaction. Contoh user interaction adalah seperti menekan sesuatu button, scroll ke atas dan bawah dan juga menaip sesuatu teks.

Javascript pada dasarnya telah di support oleh kebanyakan browser-browser seperti Chrome, Mozilla Firefox dan Safari. Jadi, tidak perlu risau kerana Javascript telah sedia ada di dalam browser tanpa perlu muat turun apa-apa aplikasi atau software.

So, ini adalah 3 bahasa yang perlu dipelajari dan difahami (walaupun secara sangat asas) sebelum mengotorkan tangan menggodek ReactJs. Jujur cakap, ReactJs bukanlah satu bahasa yang mudah untuk dipelajari, tetapi sangat berbaloi kerana banyak feature-feature yang disediakan membantu untuk memudahkan pembinaan sesuatu website dan menjimatkan tempoh pembinaan sesuatu website. Selain itu, job market untuk ReactJs juga sangat besar di Malaysia. So, apa lagi? Jom belajar ReactJs dengan aku.

Interested in having your own website? Lets talk😄

Email me at wmaz93@gmail.com

Copyright © My Site 2021.